Thursday, December 19, 2013

Resepi Ayam Ala2 Nandos


Bahan utama :
2 keping besar bahagian peha ayam (Whole chicken Leg)
Bahan perapan tambahan : 
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
setengah cawan cuka putih
perahan 1 biji jus lemon 
hirisan daun ketumbar. 

Bahan Perapan
3 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar paprika
1 sudu teh oregano
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada sulah
2 sudu besar madu
4 sudu besar Sos Peri Peri Nandos Hot
1/2 inci halia*
3 ulas bawang putih*
sehelai daun bay kering(ada jual kat pasaraya yg kering)*
1/2 sudu teh lada hitam*
1/2 sudu teh jintan manis*

* Dikisar halus dan dicampurkan dengan bahan perapan lain

Penyediaan Ayam
Kulit ayam diasingkan dan 2-3 bahagian dikelar sedikit

Tips Perap Ayam :
Untuk pastikan rasa perapan diserap hingga ke dalam daging, sediakan bekas yang boleh rendamkan ayam sepenuhnya. Tambah 2 sudu teh garam, 1 sudu teh gula, setengah cawan cuka putih, perahan 1 biji jus lemon dan masukkan hirisan daun ketumbar. Kemudian tambah air sejuk dan gaulkan semua bahan bersama2. Masukkan ayam yang telah dibersihkan tadi dan pastikan ianya tenggelam sepenuhnya di dalam air. Tutup bekas dan sejukkan selama 1 - 4 jam. Kemudian toskan ayam dan bilas dengan air bersih dan keringkan dengan kitchen paper tissue.

Seterusnya, tuangkan bahan perapan ke atas ayam dan gaul dengan sebati. Tutup bekas dan perapkan lagi semalaman di dalam fridge. 

Apabila sedia untuk dimasak, golekkan ayam sekali lagi bersama bahan perapan. Grill kan ayam terlebih dahulu selama 5 minit dikedua2 bahagian untuk seal kan kelembapan di dalam ayam (seeloknya grill di atas arang).

Kemudian letakkan ayam di atas aluminium foil yang telah di sapu dengan majerin. Tuangkan sekali lagi bahan perapan ke atas ayam dan masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada 170 C dan bakar sehingga 20 minit (terbalikkan ayam supaya dibakar dengan sekata. Seterusnya, perlahankan suhu pada 120 C dan bakar sehingga 15 - 20 minit. Pastikan bahan perapan disapu pada ayam untuk mengekalkan kelembapan ayam and tekstur ayam.

Setelah masak keluarkan ayam dan hidangkan bersama sos nando's.



Nando's Peri Peri Hot 
*Boleh dapatkan di Tesco

Monday, August 5, 2013

Lasagna

Bahan2 (6 orang)
500gm daging lembu cincang (Daging Lembu Ramly)
200ml susu penuh krim (Dutch Lady)
1 Tin besar / 350ml Tomato puri (Du Chef)
1 Tin cendawan butang ~ dihiris
1 kiub stok daging lembu (optional)
2 Tin sup cendawan (Campbell)
2 labu bawang besar ~ didadu halus
2 ulas bawang putih ~ dicincang halus
8 biji cili kering ~ direbus, toskan dan dikisar halus
1 batang carot ~ didadu halus
1 biji capsicum ~ didadu halus
1/2 sudu teh herba italian mixed herbs
2 sudu besar buttercup
500gram lasagna~ sepeket (san remo brand)
3kpg Cheese Cheddar
1 paket Mozarella Chesse


Penyediaan Sos Lasagna
Bahan A
Panaskan periuk dan masukkan buttercup dan kacau sehingga cair. Setelah butter berbuih masukkan bawang putih dan bawang besar. Tumis sehingga bawang sedikit layu.
Masukkan cili kering dan masak sehingga pecah minyak.

Dalam periuk lain masukkan sedikit buttercup.
Setelah panas masukkan daging cincang ke dalam periuk .
Goreng daging cincang sehingga warna keperangan dan air dari daging sejat sedikit.
Masukkan susu dan kacau sehingga susu mendidih.
Bila susu telah diserap oleh daging dan kelihatan sedikit kering,
Baru masukkan Bahan A tadi ke dalam periuk, dituruti tomato puri dan tomato segar.
Kacau sos sambil lenyekkan tomato sehingga hancur.
Sukat 2 tin air dengan menggunakan bekas tomato dan masukkan ke dalam periuk.
Masukkan karot, capsicum dan cendawan butang.
Masukkan herba, kiub (sekira digunakan), garam dan gula secukup rasa.
Kacau sedikit dan biarkan api kuat selama 7 minit.
Perlahankan api dan renihkan sos sehingga pekat.

Penyediaan Sup Cendawan
Panaskan sup cendawan dan masukkan 1 tin air mengikut bekas cendawan tadi.
Setelah pekat masukkan chesse cheddar dan masak sebentar.

Letakkan aluminum foil mengikut bekas acuan Loyang.
Masukkan lapisan sos lasagna secara nipis sahaja.
Susun kepingan lasagna di atas sos daging tadi. Tutup dengan sekata.
Masukkan lapisan sup cendawan secara nipis sahaja.
Dan seterusnya selang seli mengikut citarasa tapi jangan terlalu tinggi.
Akhiri dengan sos lasagna dan taburkan hirisan chesse mozzarella .
Panaskan oven pada suhu 180C dan bakar selama 25 – 30 minit.

Siap untuk dihidangkan.


Spagetti Bolognese

Bahan2 (6 orang)
500gm daging lembu cincang (Daging Lembu Ramly)
200ml susu penuh krim (Dutch Lady)
1 Tin besar / 350ml Tomato puri (Du Chef)
1 Tin cendawan butang ~ dihiris
1 kiub stok daging lembu (optional)
2 labu bawang besar ~ didadu halus
2 ulas bawang putih ~ dicincang halus
1 batang carot ~ didadu halus
1 biji capsicum ~ didadu halus
1/2 sudu teh herba italian mixed herbs
2 sudu besar buttercup
500gram spagetti ~ sepeket (san remo brand)

Penyediaan spagetti
Rebuskan 1 liter air dalam periuk, masukkan 1 sudu teh garam, setelah mendidih masukkan spagetti dan sedikit minyak masak bagi mengelakkan pasta melekat. Setelah 5 minit, angkat dan toskan spagetti.

Penyediaan Sos Bolognese
Panaskan periuk dan masukkan buttercup dan kacau sehingga cair. Setelah panas masukkan bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga bawang sedikit layu.
Masukkan daging cincang.
Gaulkan daging bersama bawang dengan api kuat. Kacau selalu.
Goreng daging cincang sehingga daging keperangan sehingga air daging sejat sedikit.
Masukkan susu dan kacau sehingga susu mendidih.
Bila susu telah diserap oleh daging dan kelihatan sedikit kering, baru masukkan tomato puri dan tomato segar. Kacau sebentar.
Kacau sos sambil lenyekkan tomato sehingga hancur.
Sukat 2 tin air dengan menggunakan bekas tomato dan masukkan ke dalam masakan.
Masukkan karot, capsicum dan cendawan butang.
Masukkan herba, kiub (sekira digunakan), garam dan gula secukup rasa.
Kacau sedikit dan biarkan renih selama 5 minit.
Perlahankan api dan renihkan sos sehingga pekat.
Sekiranya ingin pekat renihkan sehingga 1 hingga 2 jam.
Siap dan boleh dihidangankan.